Hablur fotonik merupakan
nanostruktur optik berkala yang direka untuk mempengaruhi pergerakan
foton seperti mana keberkalaan
hablur semikonductor mempengaruhi pergerakan
elektron. Hablur fotonik terdapat dalam alam semulajadi dalam pelbagai bentuk yang telah sekian lama dikaji selidik secara saintifik.Hablur fotonik terdiri daripada nanostrukur
dielektrik atau metalo-dielektrik berkala yang mempengaruhi rambatan
gelombang elektromagnet (EM) sepertti mana potensi
berkala dalam hablur
semikonduktor mempengaruhi pergerakan
elektron dengan menentukan
jalur tenaga elektronik yang dibenarkan dan terlarang. Pada dasarnya, hablur fotonik mengandungi rantau dalaman
pemalar dielektrik tinggi dan rendah yang berulang-ulang secara nalar. Foton (yang bertindak sebagai gelombang) merambat melalui struktur ini (ataupun sebaliknya) bergantung pada
jarak gelombang. Jarak gelombang cahaya yang dibenarkan dipanggil
mod, dan kelompok mod yang dibenarkan membentuk jalur. Jalur yang terlarang pula dipanggil
jurang jalur fotonik. Ini merupakan punca kepada fenomena optik seperti halangan
pancaran spontan, cermin semua hala yang berpantulan tinggi serta
pemanduan gelombang berkehilangan minimum, antara lainnya.Memandangkan fenomena fizikal asas berasaskan
belauan, maka keberkalaan struktur hablur fotonik mestilah sama skala jaraknya dengan separuh jarak gelombang EM, iaitu ~350 nm (biru) hingga 700 nm (merah) bagi hablur fotonik yang beroperasi dalam bahagian spektrum yang
tampak, iaitu rantau pemalar dielektrik tinggi dan rendah yang berulang-ulang mestilah tergolong dalam matra ini. Oleh yang demikian, perekaan hablur fotonik optik adalah sukar dan rumit sekali.